Coway Malaysia Sdn. Bhd. menyasarkan perolehan sebanyak RM600 juta dan 20 peratus keuntungan operasi menjelang 2017.
Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi Ki Ryong berkata, dengan sasaran tersebut pihaknya dapat menyediakan sebanyak 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia termasuk 2,500 kakitangan perkhidmatan, 2000 ejen jualan dan 500 kakitangan pentadbiran. Tambahnya, bagi tahun ini Coway Malaysia akan melancarkan sekurang-kurangnya lima hingga ke tujuh buah produk. “Selain daripada penapis air premium, kami akan memperkenalkan penapis air hybrid berteknologi tinggi yang pertama di pasaran Malaysia. “Produk-produk ini dijangka akan berada di pasaran pada bulan Mei atau Jun 2015,” katanya pada sidang akhbar pengenalan produk baharu Coway iaitu penapis air di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Perniagaan Luar Negara Coway, Kim Yong Seong. Kyle berkata, produk baharu itu dijangka menyumbang sebanyak 30 peratus daripada 100,000 unit jualan bagi tahun ini. “Penapis air baharu Neo 1, Harry dan Core akan menggantikan model lama dan kami juga akan melancarkan model lain yang lebih murah dan dilengkapi sistem penapisan nano,” katanya.
0 Comments
|
Coway OmbakSila Tinggalkan Nama dan No Hp untuk kami hubungi
Recent Post
July 2019
DISCLAIMER
This is not Coway's Official Website. This website is owned by Coway Authorized Health Planner; Norizuwan Bin Nordin (514076). All info in this online media is generated from official website of Coway Malaysia www.coway.com.my and information differ from the official website shall not be recognized by Coway (M) Sdn Bhd |